13 February 2022

Tiga Cara Beli Emas 999.9 Public Gold

Saya berpengalaman dalam simpanan dan pelaburan emas ni sejak 2015, ramai yang masih keliru macam mana nak buat belian emas Public Gold. Apa yang saya perhatikan sejak 2015, Public Gold satu-satunya company pelaburan emas yang sangat stabil dan jauh kehadapan di Malaysia ni. Company lain tenggelam timbul dan akhirnya menghilang tanpa jejak. Sebab itu Public Gold adalah satu-satunya pilihan saya dan keluarga.


Jadi bagaimana cara nak beli dinar emas atau goldbar 999 di Public Gold?
Ada tiga cara, tapi sebelum itu kita check semula bajet kita nak beli emas & dimana kita nak simpan emas tersebut selepas kita buat belian. Bajet & lokasi akan menentukan cara belian emas kita di Public Gold.

1) Jika bajet kecil serendah RM100 hingga RM500 dan tak berani nak simpan emas tersebut ditangan (nak simpan dahulu didalam akaun), buatlah belian melalui akaun GAP Public Gold. Kaedah simpanan emas di akaun GAP ini sudah dapat sijil patuh syariah pada tahun 2017. Daftar akaun GAP ini pula adalah percuma, tiada caj pendaftaran. Hanya perlu membuat belian emas pertama serendah RM100 untuk aktifkan akaun GAP tersebut. Click DISINI untuk pendaftaran secara percuma.

Sekali lagi saya ingatkan bahawa akaun GAP ini disandarkan dengan emas fizikal. Kita boleh withdraw emas fizikal apabila kita sudah bersedia untuk pegang emas tersebut. Ada caj yang sangat rendah dikenakan, contoh hanya RM15 untuk goldbar 10gram, hanya RM10 untuk 1dinar emas.

Info lain berkenaan akaun GAP baca DISINI.


2) Jika bajet kecil tapi nak simpan emasnya sendiri ditangan, boleh buat belian secara Easy Payment Purchase 6x atau ketika promosi ada 10x. Easy Payment Purchase atau kami panggil EPP adalah cara bayaran secara ansuran, selepas habis bayar, barulah emas tersebut dapat ditangan. Lock harga pada hari & harga yang kita mahukan, cuma perlu bayar ikut jadual ditetapkan. Tiada perubahan harga akan berlaku atau caj tersembunyi.

Kaedah EPP ini jika cepat kita habis bayar, cepatlah kita dapat emas tersebut. Sangat mudah!

Nak beli emas dengan kaedah EPP ini? Boleh terus whatsapp saya, saya akan bantu untuk lock harga emas pilihan anda. https://www.wasap.my/60197443979/EPPemas


3) Jika bajet besar lebih daripada RM1,000 bolehlah buat belian secara Outright Purchase Full Payment. Item yang sesuai adalah 1dinar (4.25gram), 5dinar (21.25gram), 10gram, 20gram, 50gram, 100gram, 250gram dan 1kilo emas. Selesai sahaja buat bayaran, emas boleh dapat ditangan melalui dua kaedah pengeposan atau ambil di cawangan berhampiran.

Memandangkan sekarang zaman endemik dengan covid & Public Gold sudah 10 langkah kehadapan, belian bawah 21.25gram semuanya akan dipos secara diinsurankan (jangan risau hilang atau tak dapat sebab ada insurans). Emas yang berat lebih daripada 21.25gram contohnya goldbar 50gram boleh book slot appointment ambil goldbar di cawangan.

Boleh wasap saya untuk sebarang bimbingan, pembelian & pendaftaran.


Ikuti perkongsian ilmu emas dan update terkini Public Gold di Telegram Channel saya.



Nur Suaidah Bachok (PG00056384)
Star Master Dealer G100
019-7443979

No comments:

Post a Comment