My Gold Journey

Assalamualaikum. 

Saya nak kongsikan sedikit perjalanan saya dalam dunia pelaburan emas dan perak ini. Tak lama dan juga tidak baru, saya sudah mulakan bisnes ini sebenarnya sejak tahun 2015. Sejak terjebak secara aktif dari tahun 2015 hingga Mac2017, saya sudah ada lebih 200 orang penyimpan emas yang berdaftar dibawah bimbingan saya.

Alhamdulillah syukur dengan kepercayaan semua penyimpan emas dibawah bimbingan saya yang mempercayai dealership saya pada ketika itu walaupun saya masih baru, orang kata bilis.

Perjalanan seorang dealer Public Gold pada zaman 2015 hingga 2017 bukanlah semudah yang disangka kerana pada ketika itu ramai sangat dealer-dealer yang hebat, kami panggil dealer jerung. Haha! Maklumlah ketika mereka membeli 50gram pun saya dah rasakan sangat banyak. Saya kan bilis, hanya mengajak kenalan saya menyimpan 1gram pada ketika itu.




Ketika gambar ini diambil iaitu pada Mei2016, bermakna sudah setahun aktif menjadi dealer Public Gold, akhirnya saya dan suami membuat keputusan untuk pergi ke HQ Public Gold di Bayan Lepas, Penang dan melawat beberapa cawangan Public Gold di Penang. Kami sangat teruja dan berbesar hati ketika ini dapat berjumpa founder Public Gold itu sendiri iaitu Dato Wira Louis Ng. Dato Wira pula sangat humble dan sporting, siap ada ambilkan gambar kami bertiga didalam office beliau.

Balik dari perjalanan kami di Penang selama 2hari 1malam, keyakinan kami kepada syarikat Public Gold ini tidak dapat disangkal lagi. Memang trusted dipercayai dan juga bisnesnya real. Kami yakin kami di jalan yang tepat.




Kemudian tak lama selepas itu tahun2016/17 berlalu dengan sangat baik sehingga mendapat dua award daripada company Public Gold pada Award Recognition Night yang diadakan di One City Hotel pada Mac2017. Superstar Dealer Award dan juga Club100 Award pada ketika itu, alhamdulillah. Kali ketiga kami dapat bertemu Dato Wira ketika ini.


Saya hanya seorang surirumah yang tak pernah nak mengimpikan akan ada ilmu tentang kewangan dan pengurusan kewangan yang jauh lebih baik. Cukup rasanya kalau saya tahu saya boleh survive kehidupan saya ini, cari duit untuk anak-anak.

Tak pernah saya terfikir dapat bantu kawan-kawan dan kenalan mahupun strangers untuk mengukuhkan lagi kewangan mereka dan keluarga mereka.

Semoga usaha saya yang sedikit ini dapat memberi manfaat untuk mereka yang memerlukan. Doakan saya ya, sekarang saya sudah ada hampir 500 orang penyimpan emas dibawah bimbingan saya dan empayar penyimpan emas melebihi 1500 orang. Alhamdulillah.

Target saya untuk tahun 2021/22 ini saya dan team akan berjaya bantu lebih ramai lagi orang, 3000 penyimpan emas insyaAllah. Doakan ya.

Nur Suaidah & Muhamad Hadi
Star Master Dealer G100
PG00056384
019-7443979

No comments:

Post a Comment