11 January 2018

Bokitta

Assalamualaikum...

Dah berapa hari saya tak sempat nak update my blog, asyik terlayan fb sahaja memburu tudung baru hahahaha habis duit πŸ’ΈπŸ’Έ Saya ada habit baru iaitu membeli tudung Bokitta. Tahun 2014 dulu saya pernah terjebak dengan bokitta ni then saya jual kesemua tudung saya. Now terjebak semula! 🀣😁

Bulan lepas sahaja, saya shopping tudung/shawl hampir seribu ringgit. Dahsyat kan? Haha takde kerjaan namanya! Doakan saya kembali ke pangkal jalan.

Bokitta sekarang ada banyak jenis kain yang digunakan. Ada drape, chiffon, gorgette, satin, cotton dan pelbagai lagi lah. Saya ni ikut mana design & kena dengan muka atau tidak. Saya tak memilih jenis kain. Fussy but not too fussy πŸ™ˆ

Dulu saya pernah kena tipu dengan buyer Bokitta ni, dia sebenarnya adalah reseller! Dia letak harga tudung saya sangatlah murah iaitu RM50 sehelai. Sedangkan corak tudung saya adalah hot item, sehelai range dalam RM250-350. Saya memang menyirap bila tahu perkara sebenar.

Pengalaman for me! So lepas ni memang saya takkan buat lagi hehe

No comments:

Post a Comment