07 January 2018

Saya & Botanical Effects

Assalamualaikum semua, hari ini saya nak share my history dan experience menggunakan set Botanical Effects. Pertama sekali saya kenal Mary Kay adalah dengan set inilah! Saya tengok kawan saya pakai dan promote produk ni dan kebetulannya kulit dia pun memanglah cantik sangat. Flawless ツ


Set Botanical ni ada 3formula berbeza, jadinya adalah sangat penting untuk dapatkan konsultasi kulit terlebih dahulu sebelum mencuba/membeli produk Mary Kay ni. Cuba tengok gambar diatas ada nombor2 kan? Botanical ada nombor1, nombor2 & nombor3.

Pemilihan produk yang bersesuaian dengan jenis & masalah kulit adalah penentu kepada kesihatan dan kecantikan kulit kita. Kalau kita salah beli, sampai bila lah masalah kulit kita tidak akan selesai tau.

Jom dapatkan konsultasi kulit secara percuma dengan saya!
Whatsapp direct je, klik ini ya http://www.wasap.my/60197443979


Kisah saya bersama set Botanical Effects.
Saya ada masalah parut jerawat hitam yang sangat susah dan makan masa agak lama untuk pudar dan hilang di area pipi, hidung dan dahi. Saya juga ada masalah whiteheads, blackhead di kawasan hidung dan dagu. Saya bukan sahaja stress tapi juga malu, tidak berkeyakinan nak berjumpa orang & berselfie. Sebab saya rasakan parut hitam saya tu membuatkan wajah saya huduh, kusam dan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar saya.

Pre-konvokesyen 2010.

Disember 2014. Masa ni saya pakai produk xyz, saya stop Mary Kay. Menyesal sangat stop MK, habis breakout semula muka saya huhu.


Kulit saya mengambil masa betul-betul 7bulan untuk dapat hasil yang flawless, tiada lagi masalah jerawat timbul, tiada masalah whiteheads, yeah saya betul-betul bersyukur dan sangat happy!

Dan yang paling bestnya adalah hingga sekarang, saya jarang ada masalah jerawat timbul walaupun saya period/haid. Betul lah kata orang, jika dalaman kita cantik, luaran juga akan cantik. Saya yakin lapisan kulit saya yang sebelah dalam lebih sihat dan bersih, sebab itulah jrawat ataupun yang lain-lain tu tidak lagi muncul.

Saya bertemu semula dengan Mary Kay pada Ogos2016, happy sangat-sangat dan saya terus menjadikan Mary Kay sebagai kerjaya saya. Saya bertukar dari seorang surirumah biasa menjadi Pengarah Jualan Bebas Mary Kay.

Rezeki Allah beri tak pernah salah alamat kan?

Alhamdulillah!


Gambar saya semalam balik ke kampung, hanya sapuan nipis menggunakan CC Cream pun dah mencukupi for me. Orang kata, LESS IS MORE!

No comments:

Post a Comment