24 January 2018

Kulit Kering yang Flawless

Selamat pagi semua. Beberapa harini busy mengemas rumah, semangat mendeko tiba-tiba datang, duit pun zasss laju je kat barang-barang rumah. Selesa mata memandang, tidak risau orang nak datang ❤️

Hari ini saya nak share mengenai kulit kering.
✅ Macam mana nak tahu kulit kita kategori kering?
✅ Macam mana nak atasi masalah kulit kering ini?
✅ Apa keburukan berkulit kering?
✅ Tips awet muda walaupun berkulit kering
✅ Tips makeup yang cantik flawless untuk kulit kering

Wah banyak ni nak kena share dengan korang, inilah tugas sebagai perunding kecantikan Mary Kay. Kita akan guide dan share pelbagai tips untuk dapatkan kulit sihat idaman hati semua orang. Kadang tu jeles kan tengok orang kulit sihat ni, tak perlu nak fikir pasal jerawat, parut, blackhead dan sebagainya hehe.

Pertamanya, golongan yang mengalami masalah kulit muka yang tegang selepas mencuci, kadang sampai susah nak senyum, kulit yang menggelupas, kulit yang ada garisan halus & kedutan, dan juga yang mempunyai jeragat serta pigmentasi. Semua ini adalah tanda kulit awak adalah kering. Sekiranya awak salah menggunakan pencuci muka & penjagaan muka yang lain, masalah kulit awak SELAMANYA TIDAK AKAN OK. Jadi pemilihan produk mestilah bersesuaian dengan jenis kulit muka awak.

Keduanya macam mana nak atasi kulit kering, gelupas, ada kedutan, ada garis halus atau dipanggil fine lines, ada jeragat serta pigmentasi ni? Utamakan PELEMBAP iaitu moisturizer. Kulit kering yang tidak memakai pelembap, akan semakin kering kering dan kering. Sekiranya berlarutan bertahun-tahun, no wonderlah jeragat dan pigmentasi akan ada di kulit awak ya. So hati-hati. Bagi sesiapa yang sudah pun ada jeragat & pigmentasi, tambahan selain pelembap adalah pelindung (sunprotector) dan juga serum.


Gambar diatas adalah contoh pigmentasi. Jadi sesiapa yang berkulit kering yang tidak menjaga kulit & melakukan step yang betul, siap sedia diumur 35 keatas pasti wajahnya akan keluar tonpok ini dikulitnya. Seram!! Takut kannn bertonpok-tonpok macam ni, tak cantik 🙈😝

Orang kulit kering ni biasanya dia akan kelihatan LEBIH TUA berbanding umurnya kerana dia ada tanda-tanda penuaan yang banyak iaitu kedutan diwajah, garisan halus di area mata, pipi, tepi hidung dan dahi. Juga sudah ada jeragat. Tanda penuaan paling menakutkan sebab jeragat tidak boleh dihilangkan kecuali awak bedah. Huhu!

So tips awet muda: Gunakan sentiasa moisturizer & serum+C

Siapa yang ada jeragat dan pigmentasi, pasti gusar dan tidak konfiden nak berhadapan dengan orang. Rasa macam orang duk perhati je tompok kat muka kita tu. Haha. Jadi tipsnya adalah gunakan foundation Luminous/Matte-wear serta Mineral Powder Foundation bersesuaian dengan warna kulit masing-masing.



Yeayyyy dah siap semua tips untuk korang. Jadi siapa yang belajar lebih, boleh hubungi sahaja saya, i willing to help u dapatkan ilmu untuk your skin & dapatkan skin yang jauh lebih sihat.

Cantik dan flawless! Contact saya di 019-7443979

No comments:

Post a Comment