13 May 2020

Pertama kali ke Mary Kay JB Beauty Centre - JBBC

Saya berpindah dari bumi Terengganu ke Johor, officially pada Mei 2019 tapi saya pjj dengan husband. Saya dan anak-anak stay in Muar dan my husband di Desaru sehingga saya habis berpantang Luth Hafy anak ketiga saya. Saya bersalinkan Hafy pada 8 Oktober 2019 dan habis je berpantang hujung November, kami terus berpindah ke Desaru. Kebetulan masa tu kami dah selesaikan urusan sewa rumah, cari lori untuk angkat semua barang Muar ke Desaru. Oh ya saya teringat, kami sewa lori 3tan hanya RM650 sahaja, murah alhamdulillah.

Maka bermula lah kehidupan kami sekeluarga di Desaru sejak hujung November hingga sekarang ni. Saya mula kenalkan diri dengan jiran tetangga dan juga berkenalan dengan Pengarah-pengarah Jualan disekitar sini. Dan jbbc jaraknya dengan rumah kami ini dalam 1jam perjalanan. Nak dijadikan cerita pada Januari saya terlepas Mary Kay Leadership Conference 2020 di Sunway Pyramid Convention Centre kerana husband ada kerja yang tidak dapat dielakkan. Jadi saya perlu mengambil hadiah daripada company di jbbc. Wah teruja sekali saya apabila sampai di jbbc, darah Mary Kay datang menyelinap tiba-tiba dalam diri hahahahaha..



tetamu yang hadir diraikan seperti kebiasaan, begitulah rutin kami di Mary Kay. Wajib diraikan. Wajib dapat hadiah. Kadang bukan satu malah boleh penuh beg yang dibawa hahaha


Inilah hadiah yang Mary Kay beri pada saya di Leadership Conference 2020 yang tidak dapat saya hadirkan diri. So cantikssss so beautiful, i love it to the max!

Bergambarlah satu disini. Bukti dah pernah sampai di JB Beauty Centre hahaha sampai my husband kata, kat sini pun nak bergambar ke? Background tak cantiklah. Well he is always my great photographer but tak berapa penyabar orangnya hahaha


Anyway.... how do i look? Selepas berpantang pakai suit. Bukan senang nak dapat shaping yaaa hahaha alhamdulillah i did it! Now saya 48kg sahaja ya, without bersenam, i tak suka peluh-peluh. But my body not fit macam koranglah, i selalu sakit badan haha. Okay see u when i post a new post. See ya!

No comments:

Post a Comment