13 May 2020

Aktiviti sepanjang PKP

Hai apa khabar semua. Diharap semua sihat dan dijauhkan daripada virus covid19 yang menyerang negara kita sekarang, sikit demi sedikit dan akhirnya bertambah kes dari hari ke hari. Saya pada awalnya sangat risaukan anak-anak, suami dan diri saya sendiri, jadi paranoid, sehingga saya beli hampir semua benda untuk mencegah terkenanya virus. Cegah lebih baik daripada merawat dan saya taknak menyesal jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada keluarga kami. Sejak awal pkp dilaksanakan 18 mac 2020 lalu hingga ke hari ini, saya kekal dirumah bersama anak-anak. Mahu keluar pun takut, apatah lagi nak buat perkara yang menyalahi undang-undang yang kerajaan dah tetapkan.

Okay itu serba sedikit saya nak ceritakan pada korang semua. Jadi apa aktiviti kalian sepanjang pkp di rumah? Bagi yang bekerja, pastikan sukar untuk korang urus masa terutama di awal pkp dilaksanakan. Dimana nak urus anak, nak kena work from home, mana nak meeting dengan boss, nak meeting dengan cikgu sekolah anak lagi. Hahaha saya yakin pasti ramai yang stress dan terkesan. Tapi marilah kita pandang dari sudut positifnya, kita sentiasa 24jam bersama keluarga. Suami anak-anak didepan mata, sakit menangis gembira semuanya kita dapat lihat dan perhatikan. Fahami dan sama sama bertindak menyelesaikan.

Saya seorang surirumah dan juga pengarah jualan Mary Kay, jadi saya memang dah sebati dengan kerja saya dimana memang dirumah diluar bersama anak-anak. Saya jangka tahap stress saya tidak seperti yang kalian ibu bekerja di pejabat (waktu pkp kerja dirumah). Saya dah terbiasa mengurus masa saya, beza kerja dan urus anak-anak saya. Beginilah harian kami selama ini. Terkejar-kejar setiap masa, semua nak selesaikan, semua nak capai target dan semua orang kena kenyang dan wangi hahaha. Apa pun WE DID GREAT PARA IBU-IBU 💪💪

My last event masa ni. Terpilih oleh company Mary Kay untuk meraikan Hari Wanita Sedunia di Aeon TGV Bukit Indah JB.


Hannan dan Umar dengan sabar menunggu mama habis kerja. Thank you anak-anak mama & my husband too! ❤️


My baby pun datang tauuuu! I love my job so much sebab benda begini lah, i can bring semua sekali tanpa ada boss nak marah bebel 😂












My last Mary Kay event masa ni. 7hb masa tu. Rindu nak keluar dengan my family, lepas buat kerja, i belanja dorang makan di Manhattan tu. First time masuk, alhamdulillah sedap juga makanan-makanannya. Yang penting semua happy dan kenyang! I double happy ❤️❤️

Okay kat bawah ni i nak share apa i buat sepanjang pkp. Masak-masak tu biasalah kan, of course hehari ada masak. Tak reti tetiba boleh reti tau haha. Hebat penangan pkp @ mco ni kan?




















Saya ada banyakkkk sangat masa untuk uruskan bisnes Mary Kay saya. Sales mendadak, saya ingatkan pkp sales akan terganggu tapi tidak alhamdulillah rezeki daripada Allah untuk hambaNya yang berusaha kan 😊 Saya juga ada banyak masa untuk sharing, coaching dan juga keep learning to keep myself humble and continuously belajar sesuatu setiap hari. Banyak hikmah disebalik pkp ini.

Ramai yang hilang pekerja, gaji dikurangkan dan macam-macam lagi. Kepada yang berminat untuk mulakan bisnes atau belajar bisnes Mary Kay tanpa stress tanpa kena push boss, gaji memang berdasarkan atas usaha penat lelah sendiri. No work hard, no money. Itu yang sentiasa kena ingat untuk orang bisnes. Kita bisnes tidak janji bulan bintang, biar bertapak di dunia nyata.

Semoga urusan kita dipermudahkan... ada duit untuk lihat perkembangan diri, anak-anak dan keluarga. Ada duit untuk survive. Keluar dari kepompong lama, dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Stay at home and stay safe everyone!!

https://wa.me/60197443979 Boleh click link ini untuk hubungi saya, let me help u untuk bisnes Mary Kay ini 😍

No comments:

Post a Comment