19 June 2020

Pengalaman Raya PKP 2020

Hai semua, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Lambat update entry sebab banyaknya perkara nak settle kan dan juga seronok sangat dapat merentas daerah untuk beraya bersama keluarga di Muar. Kami sekeluarga berdebar juga nak balik pada one week before raya sebab kami berlima, Hadi, saya, Hannan, Umar dan Hafy. Selepas sahaja gov announced boleh merentas daerah, kami buat keputusan untuk balik ke kampung selepas dah make sure semuanya okay. Terutamanya kesihatan kami berlima.

Perjalanan dari Desaru ke Muar sangat lancar, ada 3 roadblocks yang kami lalui iaitu di jambatan tinggi Bandar Penawar, exit tol Senai dan juga exit tol Yong Peng Utara. Anak-anak pun memberi kerjasama yang baik, mereka duduk dalam carseat masing-masing steady sampai ke Muar.

Kebetulannya hanya saya dan kakak saya sahaja yang duduk di dalam negeri Johor. Abang dan kakak saya yang lain semuanya di negeri lain iaitu Selangor, KL dan Pahang. Diorang semuanya tidak pulang ke kampung berhari raya, sedangkan kalau ikutkan turn berhari raya, tahun ini whole family KHB akan beraya di Muar. Tapi nak buat macam mana, kami semua follow apa yang gov tetapkan dan mengikut semua SOP sebaiknya. Semua ini bukan sahaja untuk kebaikan kami bersama, juga untuk mak ayah kami yang sudah pun berusia, lebih berisiko untuk mendapat jangkitan. Juga kepada semua orang kampung dan negara kita juga. Hopefully kita semua terus sihat dan bebas dari covid-19 ini. Aminnnn!


Keseronokan anak-anak bila dapat dapat jumpa keluarga besar. Yang baju hijau tu Fateh, anak saudara kepada Hannan dan Umar tapi umurnya 6tahun lagi besar daripada Hannan. Hihihi

Hannan masih gigih belajar online class dengan teacher Farah walaupun hari terakhir before raya. Mama baba pulun siap bawa laptop dari Desaru untuk Hannan belajar.

Sehari sebelum raya iaitu hari terakhir berpuasa Ramadhan, burasak dan langgak yang diorder dah sampai. Thank you Huda sebab sanggup buatkan. Ini makanan tradisi orang Bugis.


Disebabkan ramai sangat yang tak balik raya, kami yang beberapa orang ni jelah yang ditugaskan kemas rumah, memasak didapur dan jaga pagar supaya orang tak datang hahahahaha. Ikut SOP kan, tidak boleh melebihi 20 orang dalam satu rumah. Sebab kami sahaja dah cukup 20orang. Nak tahu tak apa menu raya kami? Banyak tau hahaha memang heaven sangat makan, tak perlu nak berebut sebab kami ada 20 orang je. Kebiasaannya bila satu keluarga kami berkumpul, akan jadi 70-80 orang dalam satu rumah. Boleh bayang tak meriah macam mana? Hahahahaha

Menu raya kami ada: ketupat, ketupas palas, lemang, langgak, burasak, pakloi, lodeh, sambal sotong, rendang daging, dan kari ayam kampung. Fuhhhh sedap gilaaaa! Nak belanja gambar tak boleh sebab takde gambar yang dirakamkan. Haha. Kalau korang tak tahu burasak, langgak dan pakloi tu adalah makanan tradisi orang Bugis. Tapi kami tak reti buat sendiri, semua kami order je. Abah bugis, mak jawa. Lemang dan ketupat palas pun kami order je. Yang menu lain tu semua kami buat sendiri.





Yang ini gambar kami solat Aidilfitri bersama-sama dirumah sahaja, mengikut sop juga. Alhamdulillah syukur sangat walaupun dalam keadaan covid-19 kami masih dapat meraikan Syawal, bulan kemenangan.



Anak tiga gais, jangan expect lah gambar akan terus cantik dalam 10-20kali kau tangkap gambar ye. Hahahaha! Jenuh tau nak dapat gambar yang cantik memerlukan anak tekak keluar terlebih dahulu, tapi itupun kalau dorang nak dengar lah hahahahaha. Tengok Umar selepas kena marah boleh tersenyum. Hannan? Makin buat hal... hahahaha maka tamatlah perkongsian raya pkp 2020 kami

No comments:

Post a Comment