19 June 2020

Pengalaman Raya PKP 2020

Hai semua, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Lambat update entry sebab banyaknya perkara nak settle kan dan juga seronok sangat dapat merentas daerah untuk beraya bersama keluarga di Muar. Kami sekeluarga berdebar juga nak balik pada one week before raya sebab kami berlima, Hadi, saya, Hannan, Umar dan Hafy. Selepas sahaja gov announced boleh merentas daerah, kami buat keputusan untuk balik ke kampung selepas dah make sure semuanya okay. Terutamanya kesihatan kami berlima.

Perjalanan dari Desaru ke Muar sangat lancar, ada 3 roadblocks yang kami lalui iaitu di jambatan tinggi Bandar Penawar, exit tol Senai dan juga exit tol Yong Peng Utara. Anak-anak pun memberi kerjasama yang baik, mereka duduk dalam carseat masing-masing steady sampai ke Muar.

Kebetulannya hanya saya dan kakak saya sahaja yang duduk di dalam negeri Johor. Abang dan kakak saya yang lain semuanya di negeri lain iaitu Selangor, KL dan Pahang. Diorang semuanya tidak pulang ke kampung berhari raya, sedangkan kalau ikutkan turn berhari raya, tahun ini whole family KHB akan beraya di Muar. Tapi nak buat macam mana, kami semua follow apa yang gov tetapkan dan mengikut semua SOP sebaiknya. Semua ini bukan sahaja untuk kebaikan kami bersama, juga untuk mak ayah kami yang sudah pun berusia, lebih berisiko untuk mendapat jangkitan. Juga kepada semua orang kampung dan negara kita juga. Hopefully kita semua terus sihat dan bebas dari covid-19 ini. Aminnnn!


Keseronokan anak-anak bila dapat dapat jumpa keluarga besar. Yang baju hijau tu Fateh, anak saudara kepada Hannan dan Umar tapi umurnya 6tahun lagi besar daripada Hannan. Hihihi

Hannan masih gigih belajar online class dengan teacher Farah walaupun hari terakhir before raya. Mama baba pulun siap bawa laptop dari Desaru untuk Hannan belajar.

Sehari sebelum raya iaitu hari terakhir berpuasa Ramadhan, burasak dan langgak yang diorder dah sampai. Thank you Huda sebab sanggup buatkan. Ini makanan tradisi orang Bugis.


Disebabkan ramai sangat yang tak balik raya, kami yang beberapa orang ni jelah yang ditugaskan kemas rumah, memasak didapur dan jaga pagar supaya orang tak datang hahahahaha. Ikut SOP kan, tidak boleh melebihi 20 orang dalam satu rumah. Sebab kami sahaja dah cukup 20orang. Nak tahu tak apa menu raya kami? Banyak tau hahaha memang heaven sangat makan, tak perlu nak berebut sebab kami ada 20 orang je. Kebiasaannya bila satu keluarga kami berkumpul, akan jadi 70-80 orang dalam satu rumah. Boleh bayang tak meriah macam mana? Hahahahaha

Menu raya kami ada: ketupat, ketupas palas, lemang, langgak, burasak, pakloi, lodeh, sambal sotong, rendang daging, dan kari ayam kampung. Fuhhhh sedap gilaaaa! Nak belanja gambar tak boleh sebab takde gambar yang dirakamkan. Haha. Kalau korang tak tahu burasak, langgak dan pakloi tu adalah makanan tradisi orang Bugis. Tapi kami tak reti buat sendiri, semua kami order je. Abah bugis, mak jawa. Lemang dan ketupat palas pun kami order je. Yang menu lain tu semua kami buat sendiri.





Yang ini gambar kami solat Aidilfitri bersama-sama dirumah sahaja, mengikut sop juga. Alhamdulillah syukur sangat walaupun dalam keadaan covid-19 kami masih dapat meraikan Syawal, bulan kemenangan.



Anak tiga gais, jangan expect lah gambar akan terus cantik dalam 10-20kali kau tangkap gambar ye. Hahahaha! Jenuh tau nak dapat gambar yang cantik memerlukan anak tekak keluar terlebih dahulu, tapi itupun kalau dorang nak dengar lah hahahahaha. Tengok Umar selepas kena marah boleh tersenyum. Hannan? Makin buat hal... hahahaha maka tamatlah perkongsian raya pkp 2020 kami

14 May 2020

My experience with Mary Kay Youthfinity Set

Saya pengguna tegar produk Mary Kay sejak Ogos 2016, lebih kurang 4tahun penggunaan secara konsisten setiap hari. Jarang jarang nak jumpa saya missed menggunakan produk Mary Kay sebab saya jenis obses sukakan kecantikan dan penampilan diri yang terbaik. Okay so bila saya start menggunakan produk Youthfinity Set ini, jawapannya adalah sejak awal December 2019 iaitu ketika saya habis berpantang anak ketiga saya, Luth Hafy. Saya mulakan dengan Serum Youthfinity, orang panggil set ini set mak datin, so serum ini juga adalah serum mak datin lah hehe. Kenapa mak datin? Sebab harganya yang mahal, setanding dengan bahan yang digunakan didalam set youthfinity ini.

Set Youthfinity ni ada Creme, Eye Creme, Serum dan juga Facial Oil sahaja. Tiada pencuci muka tau, so jangan pelik kenapa dalam gambar ataupun google takde menunjukkan cleanser Youthfinity ini. Okay kat bawah ni nanti saya letakkan gambar full set youthfinity ini, set ini sekarang adalah set terbaik yang pernah Mary Kay ada, the best for me, produknya sangatlah best tau. Moist, tidak berlekit, tidak berminyak, ringan, kesan sangat cepat dan wangiiiii haha. Perfectlah senang cerita, memang the best!

Inilah full set Youthfinity. Ada 4item sahaja. Set terbaik yang pernah saya gunakan


Saya bermula dengan serum Youthfinity dan bila pakai tu dalam masa seminggu dah nampak perbezaan, masa tu rasa dah cantik sangat dah kulit. Tapi sebab nak semakin cantik, saya tambah pula Creme Youthfinity dan Eye Creme. Hahaha amazingggg! Lagi superb terasa kulit ni, syukur sangat masa tu hingga kini, kulit jauh lebih mulus dan lembut sangat. Tiada lagi rasa kering atau tegang, kulit persis kulit bayi, bezanya cuma saya ada jeragat dan tahi lalat dan parut lama akibat jatuh. Haha hebatnya Mary Kay boleh keluarkan produk ini, lebih Maha Hebat Allah kerana menciptakan bahan-bahan yang pakar akhirnya jumpa bagus untuk kulit kita manusia ini. Subhanallah.

Tak lama selepas itu, Facial Oil pula munculkan dirinya di pasaran Malaysia setelah beberapa bulan dipasarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lainnya. Saya dengan yakinnya menambah Facial Oil ini sebab taknak ketinggalan, malah dah jatuh cinta dengan set Youthfinity ini, menjadikan saya nak lengkapkan regimen Youthfinity ini untuk rutin siang dan malam saya. Tak sia-sia duit yang dilaburkan, hasilnya super lumayan. Korang takkan rasa rugi mencuba set ini. Paling saya tak sangka sebenarnya adalah bab kecerahan kulit. Bila saya scan kulit saya untuk dianalisis, hasilnya adalah kulit saya 2 tona lebih cerah dari sebelumnya. Pastilah saya happy kan, cerah dengan sihat, bukan cerah yang memudaratkan kulit saya. Alhamdulillah.

Siapa yang sesuai menggunakan set Youthfinity ini?
Golongan 30an dan keatas. Golongan yang dah ada tanda-tanda penuaan diwajahnya dan juga yang tampak tua daripada usia sebenar. Golongan yang mempunyai kulit kering juga saya sangat sarankan untuk menggunakan set ini supaya kulit menjadi jauh lebih lembut dan licin.

Berapa harga set Youthfinity ini?
Serum berharga RM599, Creme RM699, Eye Creme RM499 dan Facial Oil berharga RM599. Ya mahal, terkejut kan? Saya juga terkejut melihatnya masa awal-awal set ini dipasarkan. Saya langsung tidak menyangka saya mampu memilikinya. Ada dua tips: pertama dapatkan ia secara diskaun harga ahli Mary Kay 30-40% diskaun diberikan. Keduanya dapatkan secara percuma sahaja.

Ya jangan marah sebab saya dapat percuma 1 serum Youthfinity kerana berjaya menjual 5 botol serum youthfinity pada bulan November 2019. Saya sahut cabaran company, dan saya dapat hasilnya. Saya juga dapat percuma 1 Creme dan 1 Eye Creme daripada company kerana capai cabaran company juga. Hehe itulah rahsianya!

Nak dapat diskaun @ percuma sahaja set youthfinity ini? Korang kena direct whatsapp saya, supaya saya boleh bantu korang dapat kulit cantik sekaligus dapat harga yang murah. Click sini tau untuk terus whatsapp saya https://wa.me/60197443979









Ini semua antara testimoni-testimoni yang korang boleh tengok hasilnya. Hasilnya memang cepat, sesuai untuk korang yang nak cepat, nak cepat dan nak cepat cantik. Hahahaha. Okaylah pape roger ya! Saya sentiasa available di whatsapp dan facebook saya. Nur Suaidah.

13 May 2020

Pertama kali ke Mary Kay JB Beauty Centre - JBBC

Saya berpindah dari bumi Terengganu ke Johor, officially pada Mei 2019 tapi saya pjj dengan husband. Saya dan anak-anak stay in Muar dan my husband di Desaru sehingga saya habis berpantang Luth Hafy anak ketiga saya. Saya bersalinkan Hafy pada 8 Oktober 2019 dan habis je berpantang hujung November, kami terus berpindah ke Desaru. Kebetulan masa tu kami dah selesaikan urusan sewa rumah, cari lori untuk angkat semua barang Muar ke Desaru. Oh ya saya teringat, kami sewa lori 3tan hanya RM650 sahaja, murah alhamdulillah.

Maka bermula lah kehidupan kami sekeluarga di Desaru sejak hujung November hingga sekarang ni. Saya mula kenalkan diri dengan jiran tetangga dan juga berkenalan dengan Pengarah-pengarah Jualan disekitar sini. Dan jbbc jaraknya dengan rumah kami ini dalam 1jam perjalanan. Nak dijadikan cerita pada Januari saya terlepas Mary Kay Leadership Conference 2020 di Sunway Pyramid Convention Centre kerana husband ada kerja yang tidak dapat dielakkan. Jadi saya perlu mengambil hadiah daripada company di jbbc. Wah teruja sekali saya apabila sampai di jbbc, darah Mary Kay datang menyelinap tiba-tiba dalam diri hahahahaha..



tetamu yang hadir diraikan seperti kebiasaan, begitulah rutin kami di Mary Kay. Wajib diraikan. Wajib dapat hadiah. Kadang bukan satu malah boleh penuh beg yang dibawa hahaha


Inilah hadiah yang Mary Kay beri pada saya di Leadership Conference 2020 yang tidak dapat saya hadirkan diri. So cantikssss so beautiful, i love it to the max!

Bergambarlah satu disini. Bukti dah pernah sampai di JB Beauty Centre hahaha sampai my husband kata, kat sini pun nak bergambar ke? Background tak cantiklah. Well he is always my great photographer but tak berapa penyabar orangnya hahaha


Anyway.... how do i look? Selepas berpantang pakai suit. Bukan senang nak dapat shaping yaaa hahaha alhamdulillah i did it! Now saya 48kg sahaja ya, without bersenam, i tak suka peluh-peluh. But my body not fit macam koranglah, i selalu sakit badan haha. Okay see u when i post a new post. See ya!

Aktiviti sepanjang PKP

Hai apa khabar semua. Diharap semua sihat dan dijauhkan daripada virus covid19 yang menyerang negara kita sekarang, sikit demi sedikit dan akhirnya bertambah kes dari hari ke hari. Saya pada awalnya sangat risaukan anak-anak, suami dan diri saya sendiri, jadi paranoid, sehingga saya beli hampir semua benda untuk mencegah terkenanya virus. Cegah lebih baik daripada merawat dan saya taknak menyesal jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada keluarga kami. Sejak awal pkp dilaksanakan 18 mac 2020 lalu hingga ke hari ini, saya kekal dirumah bersama anak-anak. Mahu keluar pun takut, apatah lagi nak buat perkara yang menyalahi undang-undang yang kerajaan dah tetapkan.

Okay itu serba sedikit saya nak ceritakan pada korang semua. Jadi apa aktiviti kalian sepanjang pkp di rumah? Bagi yang bekerja, pastikan sukar untuk korang urus masa terutama di awal pkp dilaksanakan. Dimana nak urus anak, nak kena work from home, mana nak meeting dengan boss, nak meeting dengan cikgu sekolah anak lagi. Hahaha saya yakin pasti ramai yang stress dan terkesan. Tapi marilah kita pandang dari sudut positifnya, kita sentiasa 24jam bersama keluarga. Suami anak-anak didepan mata, sakit menangis gembira semuanya kita dapat lihat dan perhatikan. Fahami dan sama sama bertindak menyelesaikan.

Saya seorang surirumah dan juga pengarah jualan Mary Kay, jadi saya memang dah sebati dengan kerja saya dimana memang dirumah diluar bersama anak-anak. Saya jangka tahap stress saya tidak seperti yang kalian ibu bekerja di pejabat (waktu pkp kerja dirumah). Saya dah terbiasa mengurus masa saya, beza kerja dan urus anak-anak saya. Beginilah harian kami selama ini. Terkejar-kejar setiap masa, semua nak selesaikan, semua nak capai target dan semua orang kena kenyang dan wangi hahaha. Apa pun WE DID GREAT PARA IBU-IBU 💪💪

My last event masa ni. Terpilih oleh company Mary Kay untuk meraikan Hari Wanita Sedunia di Aeon TGV Bukit Indah JB.


Hannan dan Umar dengan sabar menunggu mama habis kerja. Thank you anak-anak mama & my husband too! ❤️


My baby pun datang tauuuu! I love my job so much sebab benda begini lah, i can bring semua sekali tanpa ada boss nak marah bebel 😂












My last Mary Kay event masa ni. 7hb masa tu. Rindu nak keluar dengan my family, lepas buat kerja, i belanja dorang makan di Manhattan tu. First time masuk, alhamdulillah sedap juga makanan-makanannya. Yang penting semua happy dan kenyang! I double happy ❤️❤️

Okay kat bawah ni i nak share apa i buat sepanjang pkp. Masak-masak tu biasalah kan, of course hehari ada masak. Tak reti tetiba boleh reti tau haha. Hebat penangan pkp @ mco ni kan?




















Saya ada banyakkkk sangat masa untuk uruskan bisnes Mary Kay saya. Sales mendadak, saya ingatkan pkp sales akan terganggu tapi tidak alhamdulillah rezeki daripada Allah untuk hambaNya yang berusaha kan 😊 Saya juga ada banyak masa untuk sharing, coaching dan juga keep learning to keep myself humble and continuously belajar sesuatu setiap hari. Banyak hikmah disebalik pkp ini.

Ramai yang hilang pekerja, gaji dikurangkan dan macam-macam lagi. Kepada yang berminat untuk mulakan bisnes atau belajar bisnes Mary Kay tanpa stress tanpa kena push boss, gaji memang berdasarkan atas usaha penat lelah sendiri. No work hard, no money. Itu yang sentiasa kena ingat untuk orang bisnes. Kita bisnes tidak janji bulan bintang, biar bertapak di dunia nyata.

Semoga urusan kita dipermudahkan... ada duit untuk lihat perkembangan diri, anak-anak dan keluarga. Ada duit untuk survive. Keluar dari kepompong lama, dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Stay at home and stay safe everyone!!

https://wa.me/60197443979 Boleh click link ini untuk hubungi saya, let me help u untuk bisnes Mary Kay ini 😍

14 April 2018

Mary Kay Career Conference 2018 Malaysia & Singapore




Career Conference 2018: Setia Alam Convention Centre.
Ini adalah kali kedua saya join event terbesar Mary Kay, pertama kalinya Seminar I Can 2017, dan ini adalah Career Conference 2018. Tak sabar sangat-sangat nak pergi next Seminar 2018 pada September nanti, permudahkan ya Allah.

Apa yang bestnya Career Conference 2018 kalini? Alhamdulillah saya dapat naik pentas untuk New Debut as Mary Kay Independent Sales Director. Berdebar apabila diberitahu cc kali ini saya akan dapat naik pentas dihadapan 5000 beauty consultants malaysia & singapore tau. Bangga & sangat bersyukur dengan seluruh Unit saya iaitu Amaryllis Unit. Gambar kat atas tu saya pakai suit Sales Director lah tu, bertudung biru. Doakan saya naik pangkat menjadi Senior Sales Director pula bertudung pink selepas ini 😊

Bersama SD kak Hasanah di Ballroom3 sebelum bermula sesi bersama semua Sales Director keatas sahaja.


Bersama President of Mary Kay Asia Pacific, KK Chua. Sangatlah humble orangnya & pandai dah cakap malay hehe. Thanks a lot for a tips!


Bersama SD kak Ija dari Kuantan Pahang.


Bersama my beloved senior, kak Issy. Thank you kak untuk hadiah bunga ori 3kuntum ni. Orang kata maksudnya iloveu & mestilah iloveutoo! 😘



Last! My Award! Alhamdulillah & congratulations to all Amaryllis Unit members ❤️